CARILAH ILMU SEBANYAKNYA..

Karangan budak darjah 4

Saturday, November 8, 2008
>> Pagi itu pagi minggu.
>> Cuaca cukup sejuk sehingga
>> mencapai takat suhu beku.
>> Sebab itu saya tidak mandi pagi
>> sebab air kolah jadi air batu dan air paip
>> tidak mahu keluar sebab beku di dalam
>> batang paip. Pagi itu saya bersarapan
>> dengan keluarga di dalam unggun api
>> kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
>> emak saya mengajak saya menemaninya ke
>> pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas
>> emak menikam perut saya berkali-kali
>> dengan garfu barulah saya bersetuju
>> untuk mengikutnya. Kami berjalan
>> sejauh 120 kilometer kerana pasar itu
>> letaknya 128 kilometer dari rumah.
>> Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya
>> ternampak sebuah lori kontena meluru
>> dengan laju dari arah belakang. Dia
>> melanggar emak saya. Emak saya
>> tercampak ke dalam gaung. Dia
>> menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya
>> naik semula dan mengejar lori
>> tersebut. Saya pun turut berlari di
>> belakang emak saya kerana takut emak
>> saya melanggar lori itu pula. Pemandu
>> lori itu nampak kami mengejarnya. Dia
>> pun memecut lebih laju iaitu sama
>> dengan kelajuan cahaya. Kami pula
>> terpaksa mengejar dengan lebih laju
>> iaitu sama dengan dua kali ganda
>> kelajuan cahaya. Emak saya dapat
>> menerajang tayar depan lori itu. Lori
>> itu terbabas dan melanggar pembahagi
>> jalan lalu bertembung dengan sebuah
>> feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang
>> feri itu yang seramai 100 orang
>> semuanya mati. Pemandu feri itu sangat
>> marah. Dia pun bertukar menjadi
>> Ultraman dan memfire pemandu lori.
>> Pemandu lori menekan butang khas di
>> dalam lori dia..lori itu bertukar
>> menjadi robot Transformer. Mereka
>> bergaduh di udara. Emak saya tidak
>> puas hati. Dia pun terus menyewa
>> sebuah helikopter di Genting Highlands
>> dan terus ke tempat kemalangan. Dia
>> melanggar pemandu feri yang telah
>> bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu
>> feri itu terkejut dan terus bertukar
>> menjadi pemandu feri semula lalu
>> terhempas ke jalanraya. Pemandu feri
>> itu pecah. Pemandu lori sangat takut
>> melihat kejadian itu. Dia meminta maaf
>> dari emak saya. Dia menghulurkan
>> tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya
>> masih marah. Dia menyendengkan
>> helikopternya dan mengerat tangan
>> pemandu lori itu dengan kipas
>> helikopter. Pemandu lori itu
>> menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.
>> Emak say menghantar helikopter itu ke
>> Genting Highlands. Bila dia balik ke
>> tempat kejadian, dia terus memukul
>> pemandu lori itu dengan beg tangannya
>> sambil memarahi pemandu lori itu di
>> dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori
>> itu tidak dapat menjawab sebab emak
>> saya cakap orang putih. Lalu pemandu
>> lori itu mati. Tidak lama kemudian
>> kereta polis pun sampai. Dia membuat
>> lapuran ke ibu pejabatnya tentang
>> kemalangan ngeri itu. Semua anggota
>> polis di pejabat polis itu terperanjat
>> lalu mati. Orang ramai mengerumuni
>> tempat kejadian kerana ingin
>> mengetahui apa yang telah terjadi.
>> Polis yang bertugas cuba menyuraikan
>> orang ramai lalu dia menjerit
>> menggunakan pembesar suara. Orang
>> ramai terperanjat dan semuanya mati.
>> Selepas itu emak saya mengajak saya ke
>> pasar untuk mengelak lebih ramai lagi
>> yang akan mati. Di pasar, emak saya
>> menceritakan kejadian itu kepada
>> penjual daging. Penjual daging dan
>> peniaga-peniaga berhampiran yang
>> mendengar cerita itu semuanya terkejut
>> dan mati. Saya dan emak saya terus
>> berlari balik ke rumah. Kerana terlalu
>> penat sebaik saja sampai di rumah kami
>> pun mati. Itulah kemalangan yang
>> paling ngeri yang pernah saya lihat
>> sebelum saya mati.
>>
>> KESIMPULAN :: GILE GHUPENYE DAK NEH!

Al-Kisah

Alkisah, dalam sebuah kws pembinaan berbual-buallah 2 org buruh kasar sambil meluahkan perasaan yang terbuku di kalbu masing-masing. .


" kenapa ye.. kita hari2 kerja keras.angkat berat2..buat itu ini untuk siapkan bangunan ni tapi last2 kita tetap jugak miskin.. papa kedana. tapi cuba wak tengok bos kita tue.. tak payah kerja kuat..ta payah kena jemur matahari.. makan tido je tau sampai perut boroi.. tapi dia boleh jadik kaya raya..jutawan pulak tu... napa yee..?" abu bertanya kpd musa dengan penuh curious. Musa termangu dengan pertanyaan sahabat karibnya itu. fikirannya tumpul. dia juga tidak mampu menjelaskan secara teori mahupun secara analisis..kerana dia juga blur spt abu.


abu masih tidak berpuas hati sebelum mendapat penjelasan kepada persoalan mereka itu. abu nekad utk berjumpa bos personally. face 2 face. keesokannya, abu menanyakan soalan yg sama kepada bos mereka, Datuk Loo Phak (bukan nama sebenar). Dengan sombongnya Datuk L menjawab. "kamu tak intelligent. takder education". abu terkulat-kulat. "intelligent tue apa bos?".


Serta merta bos pun tumbuhla tanduknyer.. "nak tau apa benda intelligent tu ya.. mari sini.. dekat2.. " Bos pun menekapkan tapak tangannya ke dinding simen dalam ofis beliau seraya berkata kpd abu


" bila aku ckp tumbuk, awak tumbuk tangan saya nie skuat hati awak. sekuat yg boleh".. ok, 1,2,3.. tumbukk!!! apalagi c abu pun melepaskan tumbukan yg paling padu ala2 powr rangers.. malangnya sblum penumbuk abu sampai ke sasarannya, bos cepat2 menarik tangannya dari dinding tue...so, korang bayangkanlah. . apa jadi dengan penumbuk c abu... kesian dinding tu kena tumbuk kannn.. (belum abis laie nieh...) Dlm hati abu .." aiseyy.. aku dah dpt jwpannya..rupanya ituleh die mendenye intelligent tu" (sambil menahan kesakitan)


Keesokkannya abu berlari-lari anak menemui besfrennya, musa..


" awak tau.. aku dah dpt jawapannya.. bos dah kc tau aku smlam..napa kita miskin, kenapa dia kaya.. bos cakap kita tak intelligent" . sama spt abu, musa juga 1st time dgr perkataan "intelligent '. secara automatik, musa bertanye " amendenye intelijen tuh??" . abu tersenyum bangga.. "aku pun tak tau pd mulanya.mmm. takpalah. .. meh cni aku tunjuk... "


abu pandang kiri, kanan... tiada dinding nak letakkan tangan die...SO..

abu letakkan tangannya kat atas DAHI . " bila aku cakap" tumbuk", awak tumbuk sekuat hati atas tangan aku ni yaa.. ok sediaa..., 1,2,3, TUMBUK!!!


apalagi musa pun melepaskan tumbukan padu maut ke arah tangan abu yg diletakkan di atas dahinya sendiri. sblm tumbukan musa sempat mendarat abu menarik tangannya cepat2 dari dahinya sepertimana yg dilakukan boss tempoh hari... dan.......musa pun fahamlah apa itu intelligent. .abu koma.

Kuliah

Kuliah

Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti.

Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.

Setelah professor menghabiskan kuliahnya professar berkata,

"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."

"Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.



Tak Cukup Tinggi

Ahmad.. seorang pelancong dari timur tengah... sedang jalan-jalan di sekitar ibukota.. Dalam poketnya hanya tinggal wang satu dolar sahaja... dan ketika malam tiba, dia cuba mencari tempat penginapan.. . kerana wang yang tinggal amat sedikit.. dia mencari rumah tumpangan yang murah.. apabila berjumpa.. Dia bertanya kepada pemilik rumah tumpangan tersebut.. berapa kadar menginap satu malam.

Pemilik rumah tumpangan menjelaskan. ..

"Encik.. untuk bilik di di tingkat bawah.. kadarnya RM 60 satu malam.. kalau di tingkat dua.. RM 50 Semalam dan kalau di Tingkat tiga.. kadarnya RM 40 semalam.. sekarang encik pilih lah di tingkat berapa yang encik mahu..."

Tidak lama selepas itu.. pelancong itu hanya mengelengkan kepala dan meninggalkan rumah tumpangan tersebut tanpa berkata apapun. Lalu pemilik rumah tumpangan itu cuba bertanya sambil menjerit ke arah pelancong yang semakin jauh itu..

"Encik.. kenapa tidak jadi menginap?"

Sambil mengangkat bahu... pelancong yang kekurangan wang itu menjawab...

"Rumah tumpangan anda masih kurang tinggi"


Anak yang Baik

Dua orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar.. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya. ...
Wanita 1: "Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna"

Wanita 2: "Apakah dia merokok?"

Wanita 1: "Oh, tidak!...tidak sama sekali!"

Wanita 2: "Dia kekadang minum bir?"

Wanita 1: "Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik"

Wanita 2: "Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam ke rumah?"

Wanita 1: "Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga"

Wanita 2: "Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?"

Wanita 1: "Minggu depan akan genap usianya enam bulan!"



Gosok Mata

Seorang lelaki yang kudung kakinya, tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.

Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"

Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua."

Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?"

Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!"

Penemuduga: "Mata kamu pula?"

Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."

Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"

Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu.


Pancing

"Suatu petang.. ketika hari selepas hujan.. seorang atok duduk ditepi paya dengan memegang pancing sambil merokok. Orang-orang yang melihatnya kehairanan.. ada yang kasihan dan ada juga yang ketawa.. Tiba-tiba badul menghampirinya dan bertanya...

Badul : "Pakcik ni memancing untuk apa?"

Atok : "Untuk makan"

Badul : "Oh.. kalau macam tu.. ayuh ikut saya makan.. saya belanja.."

Mulanya atok itu malu2 kemudian setelah di paksa akhirnya dia ikut aje... Sambil makan si Badul bertanya..

Badul : "Pakcik mancing di paya tu ada ikan ke?"

Atok : "Oh ada"

Badul : "Biar betul pakcik nie.. dah berapa ekor dapat?"

Atok : "Kamu yang kelima""

Hukum Hand Phone Semasa Solat


Soalan

ASSALAMUA'ALAIKUM UST,

Saya muhammad yusuf surachei b. Abdullah dari kulim, kedah.. Saya adalah saudara baru yang telah convert hampir 4 tahun, saya telah baca beberapa artikel yang telah ust huraikan dalam website ust terutama mengenai isu2 semasa seperti pelaburan internet, asb, dan sebagainya.. Di sini saya ada satu attachment mengenai hukum mematikan hp ketika solat.. Apa pendapat ust tentang perkara ini? Terima kasih.. ..


Jawapan
oleh Ustaz Zaharuddin

Jawapan

Wa'alaikumussalam,

Selamat datang ke web saya dan terima kasih atas kesudian membacanya.

Menurut kefahaman saya, hukum mematikan ‘handphone' sewaktu solat jemaah dan solat secara individu adalah wajib (dimestikan).

Ini kerana :-

1) Tegahan dari terpesong minda & hati : Nabi tidak membenarkan umatnya terpesong minda, hati dan wajah semasa menunaikan solat. Tegahan Nabi ini boleh dilihat dari hadith berikut:-

إن الرجل لينصرف وما كتب له إلا عشر صلاته تسعها ثمنها سبعها سدسها خمسها ربعها ثلثها نصفها

Ertinya : " Seseorang yang beransur dari solatnya dituliskan baginya pahala dari persepuluh pahala solatnya, 1/9,1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3 atau ½ " ( Riwayat Abu Daud dan An-Nasaie , Shohih menurut Ibn Hibban )

فإن هو قام وصلى فحمد الله تعالى وأثتى عليه ومجده بالذي هو أهل وفرغ قلبه لله تعالى إلا انصرف من خطيئته كيوم ولدته أمه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang berdiri dan solat serta memuja muji Allah SWT dengan pujian yang selayak bagiNya, serta mengosongkan hatinya bagi Allah SWT kecuali tatkala ia keluar dari dosa-dosanya seperti anak yang baru dilahirkan"( Riwayat Muslim)

المصلي يناجي ربه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat adalah sedang bermunajat dengan tuhannya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 413 ; Muslim , no 551 )

فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ

Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud ; fath AL-Bari , 2/304 )

Justeru, difahami dari zahir dan objektif di sebalik tegahan-tegahan ini, kita akan mendapati mesej baginda SAW amat jelas untuk seseorang menumpukan hati dan mindanya kepada Allah SWT semasa solat. Dengan kumpulan dalil-dalil ini saya kira telah cukup untuk menunjukkan kepentingan dan kewajiban menutup hand phone semasa solat.

2) Tegahan dari menganggu ahli jemaah yang lain

Sebagaimana kita fahami, bahawa bunyi handphone ini mampu mengganggu seluruh ahli jemaah yang sedang menunaikan solat. Terutamanya jika ia bermuzik dengan lagu dangdut, pop, rock yang pelbagai maka sudah tentu dosa pelakunya lebih besar.

Keadaan ini dapat difahami dari tegahan Nabi SAW terhadap umat Islam yang datang ke masjid dengan setelah memakan makanan berbau dan busuk. Nabi SAW besabda :-

‏من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته

Ertinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )

Pernah juga diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri r.a bahawa Nabi SAW pergi beriktikaf di sebuah masjid lalu kedengaran bunyi bacaan al-Quran yang lantang di dalam masjid, lalu Nabi SAW segera menyelak langsir (kerana rumah nabi di sebelah masjid ) lalu berkata " Setiap kamu hendaklah bertutur secara peribadi dengan tuhanmu, justeru janganlah seorang kamu menganggu yang lain dengan meninggikan suaranya semasa membaca al-Quran " ( Riwayat Abu Daud : 1332)

Kesimpulannya, wajib menutup hand phone semasa solat sendirian dan berjemaah. Sekiranya terlupa dan handphone berbunyi, maka wajiblah bergerak sedikit untuk menutupnya.

Pergerakan

Pergerakan ini tidak membatalkan solat kerana ia adalah pergerakan wajib, sebagaimana Nabi SAW mengizinkan untuk membunuh binatang bisa kecil semasa solat. Diriwayatkan

أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أمر بقتل الأسودين في الصلاة العقرب والحية

Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan agar membunuh dua binatang bias walaupun ketika solat iaitu kala dan ular (jika ia menghampiri ketika solat) ( Riwayat Ibn Majah, no 1235 )

Hasilnya, jelas kita dapat memahami bahawa wajib juga bagi seseorang untuk bertindak ‘membunuh' bunyi handphone nya yang mengganggu jika berbunyi kerana ia amat berbahaya dan merosakkan ketenangan orang sedang solat, sebagaimana bahayanya kala dan ular.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

18 Safar 1428 H

Cara Ganti Puasa Berganda

Soalan
Semasa usia remaja, saya pernah meninggalkan solat, demikian juga puasa. Tetapi saya tidak ingat jumlah solat yang ditinggalkan, serta jumlah hari puasa yang ditinggalkan. Bagaimana cara terbaik untuk saya lakukan qada’ terhadap kedua-dua perkara wajib ini?

Jawapan
Oleh Ustaz Zaharuddin

Terdapat pelbagai pandangan ulama dalam hal ini, tetapi pandangan pilihan saya adalah. Ia adalah hutang kepada Allah yang mesti di bayar, maksud saya semua amalan solat dan puasa wajib yang ditinggalkan wajib juga diganti. Sabda Nabi menyebut tentang perlunya membayar hutang Allah ini: “ Hutang Allah lebih layak untuk dipenuhi (terlebih dahulu) “ (Riwayat ) .

Bagaimanapun, timbul persoalan akan beratnya tindakan untuk menggantikannya dan jumlahnya yang tidak terkira banyaknya. Jika demikian maka respond cadangan saya adalah anda boleh melakukan tindakan berikut:-

a) Tawbat kepada Allah atas kelalaian yang lalu, dengan tawbat dan penyesalan yang sungguh-sungguh.

b) Qadha’ solat dan puasa yang ditinggalkan menurut kemampuan yang ada, jangan terlalu dipaksa, sekadar yang mampu kerana Allah maha pemurah dan pengampun. Bersangka baiklah dengan Allah SWT agar Allah mengampunkan tetapi sangka baik mestilah disertakan dengan bukti kesungguhan kita untuk bertawbat, Sabda Nabi dalam hadith Qudsi “Berkatalah Allah: Aku berada di atas sangkaan hambaku terhadapKu..” ( Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Muntaqa Targhib wa Tarhib, no 821, 1/437 ). Pun begitu saya tetap sarankan agar ianya diganti sekadar yang mampu bagi membuktikan kesungguhan. Jika tidak saya bimbang, ramai meninggalkan solat dan puasa wajib dengan mudah, kemudian bertawbat, kemudian ponteng lagi, kemudian tawbat. Benar Allah maha pengampun tetapi buktikan keinsafan kita. Nabi bersabda : “ Sekiranya kamu melakukan dosa sehingga sebesar matahari sekalipun, kemudian kamu bertawbat , nescaya Allah akan menerimanya “ (Riwayat Ibn Majah no 4238 dengan sanad yang baik; disebut sebagai “Hasan” dalam majma az-Zawaid; rujuk Muntaqa 2/820)

c) Kemudian tebus kesalahan lalu itu dengan memperbanyakkan amalan-amalan soleh yang pelbagai seperti ajak orang lain agar jangan ponteng puasa (sebagai tebus kita ponteng dahulu), ajak orang keluarga, rakan-rakan yang melalaikan solat agar mementingkannya. Cadangan saya ini berasaskan sabda Nabi SAW : “ Bertaqwalah kamu kepada Allah dimana sahaja kamu berada, dan ikutilah perbuatan dosamu (buruk) dengan perbuatan baik (pahala) , kerana ia akan memadamnya dan menjadikan kamu sebagai seorang yang berakhlak mulia “ ( Riwayat Tirmidzi, kitab al-Birr, no 1987, 4/355 ; Hasan Shohih menurut Tirmidzi dan Hasan menurut Albani)

Gabung Puasa

Soalan
Manakah yang lebih baik, berpuasa qada’ terlebih dahulu baru berpuasa sunat, atau menggabungkan kedua-duanya sekali? Contohnya seperti puasa qada’ ramadan dengan puasa enam.

Jawapan
Oleh ustaz Zaharuddin

Jika anda bertanya manakah yang lebih baik antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha, jawapannya adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih ertinya : “ Tidak hampir kepadaku orang yang ingin hampir kepadaKu sebagaimana apabila mereka melaksanakan amalan fardhu / wajib mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari )

Amat jelas hadis ini menjelaskan amalan fardhu atau wajib lebih utama di sisi Allah SWT dari yang sunat, walau sehebat mana sekalipun yang sunat itu.

Hadis tadi sebagai asasnya, tetapi dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang. Maksud saya begini, jika seseorang itu perlu qadha puasanya selama 30 atau berpuluh-puluh hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat sehingga mampu mengerjakan syawwal terlebih dahulu, ketika itu mungkin ia boleh mendahulukan puasa syawwal bagi mengejar waktunya yang singkat berbanding qadha. Tapi harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa qadha adalah panjang, tetapi kita tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum qadha puasa tetapi sudah berpuasa sunat syawwal akan pasti bermasalah kerana ia masih berhutang dengan Allah. Bagaimanapun seseorang yang mati setelah qadha puasanya tetapi tidak sempat sunat syawwal, maka tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali.

Kita harus memahami bahawa darjat puasa qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan saya seperti berikut :-

Tidak elok menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu ( dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk digabungkan. Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang membolehkan penggabungan menjadi tandatanya iaitu :-

• Jika anda mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan tahiyyatul masjid atau dengan solat unat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat tahiyyatul masjid. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

• Menurut guru saya Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

• Tindakan A’isyah ra yang melewatkan qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa qadha dan syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. ( tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya)

• Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya. Bagaimanapun , ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat sepenunya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

• Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi. Ini ada

asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW ertinya “ Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Muslim). Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melangkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

• Hujjah ulama yang mengharuskan adalah hadith “ Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12) dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat dalam mazhab Syafie mestilah dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103)

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

• Qiyas haji Qiran (iaitu menggabungkan Haji dan Umrah) kepada Puasa Qadha wajib dan Sunat Syawwal adalah qiyas yang kurang tepat. Malah terdapat majority ulama yang tidak setuju dengan konsep “qiyas’ dalam isu ibadat. ( Rujuk Nihayah As-Sull, Jamaluddin al-Isnawi)

Kesimpulan pandangan saya yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal) ; bagaimanapun, pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan adalah beberapa ulama mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Solat di Awal Waktu

Solat Di Awal Waktu

SOALAN :
1. Adakah Hadith yang shohih berkenaan solat di awal waktu


JAWAPAN :
Disertakan kumpulan Hadith berkaitan.

1) Hadith:

الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله (رواه الترمذي)

Ertinya: " Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah" ( Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)

2 ) Sabda Nabi SAW


سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)

Ertinya: " Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih)

3- Nabi SAW bersabda. Ertinya : "Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam." ( Hadith Shohih riwayat Al-Bukhari)

4- Nabi SAW bersabda : Ertinya : "Kiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku , nescaya akan ku arahkan mereka agar melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga 1/3 atau ½ dari malam"

5- Nabi SAW bersabda : Ertinya "Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga lainnya" (Riwayat Abu Daud ,
Al-Albani menyatakannya Dhoif)

6- Nabi SAW Bersabda : Ertinya : "Lewatkanlah solat fajar, kerana ia lebih agung ganjarannya" (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaie, Abu Daud dan Ibn Majah. Tirmizi menyatakan ia Hadith Hasan Shohih , bagaimanapun Al-Haithami menyatakan dalam rawinya terdapat Abd Rahman Bin Zaid, ia adalah Dhoif)

Demikian, hadith umum tentang fadhilat solat di awal waktu, bagaimanapun terdapat beberapa hadith yang lain yang dianggap ditakhsiskan awal waktu tersebut. Yang mana ianya memberi kesan terhadap pandangan para fuqaha mazhab. Terlebih dahulu, dikemukakan pandangan mazahab empat :-

Mazhab Hanafi:Sebaik waktu adalah di awalnya, kecuali Subuh dan Asar, Hanafi berpandangan lebih afdhal ditunaikan subuh ketika hampir terang, bagi meramaikan jemaah di masjid. Merka berdalil dengan hadith yang keenam di atas. Bagaimanapun Majoriti Mazhab mengatakan Subuh ketika gelap (awal waktu) lebih afdhal.
Adapun sebab afdhal melewatkan solat asar, krn bagi membolehkan solat sunat sebanyak mungkin sebelumnya.

Mazhab Maliki: Sebaik2 waktu adalah permulaannya samada jemaah atau bersendiri, zohor dan lainnya. Mrk berdalilkan kpd hadith yang pertama, kedua dan kelima tadi. Lalu semua jenis solat adalah afdhal diawalkan kecuali jika menunggu jemaah sampai.

Mazhab Syafie: Disunatkan menyegerakan solat semuanya kecuali Zohor, disunatkan menunggu sedikit redup dan kurang panasnya. Pandangan ini berdasarkan hadith ketiga di atas.

Mazhab Hanbali: Afdhal waktu adalah di awalnya kecuali Isyak dan Zohor. Melewatkan Isyak hingga ke 1/3 malam adalah afdhal kiranya tidak menyukarkan makmum. Ia berdasarkan hadith ke empat di atas. Adapun waktu Zohor berdalilkan hadith ketiga.

Kesimpulan menurut penulis: Umumnya, solat di awal waktu terlebih afdhal ketika tiada maslahat-maslahat lain yang ingin dicapai seperti meramaikan jemaah bagi waktu subuh, Memperbanyakkan solat sunat sebelum asar, Membolehkan Qiamullail bagi Isyak dan menyejukkan bahang bagi Zohor. Tanpa Alasan dan maslahat tadi maka , semua solat adalah afdhal di awalnya.

Ust Zaharuddin Abd Rahman
Irbid, Jordan
18 Jun 2003