Semasa usia remaja, saya pernah meninggalkan solat, demikian juga puasa. Tetapi saya tidak ingat jumlah solat yang ditinggalkan, serta jumlah hari puasa yang ditinggalkan. Bagaimana cara terbaik untuk saya lakukan qada’ terhadap kedua-dua perkara wajib ini?
Jawapan
Oleh Ustaz Zaharuddin
Terdapat pelbagai pandangan ulama dalam hal ini, tetapi pandangan pilihan saya adalah. Ia adalah hutang kepada Allah yang mesti di bayar, maksud saya semua amalan solat dan puasa wajib yang ditinggalkan wajib juga diganti. Sabda Nabi menyebut tentang perlunya membayar hutang Allah ini: “ Hutang Allah lebih layak untuk dipenuhi (terlebih dahulu) “ (Riwayat ) .
Bagaimanapun, timbul persoalan akan beratnya tindakan untuk menggantikannya dan jumlahnya yang tidak terkira banyaknya. Jika demikian maka respond cadangan saya adalah anda boleh melakukan tindakan berikut:-
a) Tawbat kepada Allah atas kelalaian yang lalu, dengan tawbat dan penyesalan yang sungguh-sungguh.b) Qadha’ solat dan puasa yang ditinggalkan menurut kemampuan yang ada, jangan terlalu dipaksa, sekadar yang mampu kerana Allah maha pemurah dan pengampun. Bersangka baiklah dengan Allah SWT agar Allah mengampunkan tetapi sangka baik mestilah disertakan dengan bukti kesungguhan kita untuk bertawbat, Sabda Nabi dalam hadith Qudsi “Berkatalah Allah: Aku berada di atas sangkaan hambaku terhadapKu..” ( Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Muntaqa Targhib wa Tarhib, no 821, 1/437 ). Pun begitu saya tetap sarankan agar ianya diganti sekadar yang mampu bagi membuktikan kesungguhan. Jika tidak saya bimbang, ramai meninggalkan solat dan puasa wajib dengan mudah, kemudian bertawbat, kemudian ponteng lagi, kemudian tawbat. Benar Allah maha pengampun tetapi buktikan keinsafan kita. Nabi bersabda : “ Sekiranya kamu melakukan dosa sehingga sebesar matahari sekalipun, kemudian kamu bertawbat , nescaya Allah akan menerimanya “ (Riwayat Ibn Majah no 4238 dengan sanad yang baik; disebut sebagai “Hasan” dalam majma az-Zawaid; rujuk Muntaqa 2/820)
c) Kemudian tebus kesalahan lalu itu dengan memperbanyakkan amalan-amalan soleh yang pelbagai seperti ajak orang lain agar jangan ponteng puasa (sebagai tebus kita ponteng dahulu), ajak orang keluarga, rakan-rakan yang melalaikan solat agar mementingkannya. Cadangan saya ini berasaskan sabda Nabi SAW : “ Bertaqwalah kamu kepada Allah dimana sahaja kamu berada, dan ikutilah perbuatan dosamu (buruk) dengan perbuatan baik (pahala) , kerana ia akan memadamnya dan menjadikan kamu sebagai seorang yang berakhlak mulia “ ( Riwayat Tirmidzi, kitab al-Birr, no 1987, 4/355 ; Hasan Shohih menurut Tirmidzi dan Hasan menurut Albani)
1 comments:
sy pun x ingat bilangan puasa hari yg ditinggalkan.hutang jd byak kerana sy alami mslah was2 yg kronik.jdi,sy hutang puasa waktu haid tmbah puasa sbb was2.. jika tak sempat qdha hingga masuk puasa rmadhan berikutnya,bagaimana ya? apa yang perlu dilakukan??
Post a Comment