CARILAH ILMU SEBANYAKNYA..

Seringkali..

Tuesday, October 28, 2008
Kegembiraan, Kesedihan, Kebahagiaan, Kepayahan dan kesusahan adalah lumrah hidup makhluk yang bergelar manusia.. Apabila kegembiraan datang kita merasakan dunia ini milikku.. senyuman mengisi segenap ruang pandangan hati.. Namun apabila ditimpa sedikit dugaan, pelbagai rungutan dan rasa kekecewaan ingin kita luahkan. Segalanya seperti musnah dan tiada harapan..

Seringkali manusia memberi banyak persoalan dikala bala dan ujian menimpa.. Dirasakan terlalu sukar mengharungi ranjau hidup ini. Sebenarnya Allah swt telah memberikan jawapan pada persolan tersebut tanpa kita sedari.. namun disebabkan manusia itu sentiasa lalai dan alpa, maka kita seringkali lupa tentangnya..

1~KENAPA AKU DI UJI? kenapa aku yang gagal? kenapa aku yang kene? kenapa semua ini terjadi kat aku?
"apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar & sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-surah Al-Ankabut ayat 2-3

2~KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU NAK??
"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah ayat 216-

3~KENAPA UJIAN SEBERAT INI??
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupanya (kemampuannya)"
-surah Al-Baqarah ayat 286-

4~KENAPA RASA KECEWA??
"janganlah kamu b'sikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman,"
-surah al imran ayat 139-

5~BAGAIMANA AKU NAK HADAPI SEMUA INI???
"wahai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepad Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-surah Al-Imran ayat 200-

6~APA YANG AKU DPT DR SEMUA NI???
"ssungguhnya Allah telah membeli daripada org2 mukmin, diri, harta mereka dgn memberikan syurga untuk mereka..." -Surah At-Taubah ayat 111-

7~KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??
"cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-NYA. hanya kpd-NYA aku bertawakal." -surah At-Taubah ayat 129-

8~AKU DAH TAK DAPAT TAHAN LAGI!!!!
".......dan jgnlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-surah Yusuf ayat 12-

Solat Jama' dan Qasar

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan

Tajdid Iman

Tajdid Iman: Mukmin sejati mesti sabar hadapi ujian

Bersama Dr Juanda Jaya

SUATU hari, tiba-tiba Allah SWT menentukan turunnya bala ke atas diri dan keluarga kita. Hati dan perasaan kita mencari dan bertanya, apakah salah dan dosa yang dilakukan? Mengapa begitu susah mententeramkan hati dengan berprasangka baik kepada Allah SWT? Kita berusaha memujuk diri dengan satu kefahaman bala dan ujian itu akan Allah SWT balas dengan sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang hilang di tangan anda.

Allah SWT sentiasa memilih yang terbaik untuk diri kita. Adakah patut kita mendahului Allah SWT dalam setiap pilihan-Nya? Manusia berkata dalam hati:
Alangkah eloknya jika begini dan begini.?Adakah manusia itu mengetahui seperti mana Allah SWT Mengetahui? Yang sehelai daun gugur di serata bumi ini pun tidak akan gugur kecuali dengan pengetahuan-Nya? Alangkah naif manusia jika ia merasa dirinya lebih tahu apa yang terbaik buat dipilih.


Saidina Umar bin al-Khattab, pernah berputus asa ketika kemenangan Islam tidak muncul. Pada hal di sisi beliau ada Rasulullah SAW. Perasaan putus asa Umar ini jauh lebih bernilai daripada rasa putus asa kita yang kehilangan dunia, anak atau isteri.

Perasaan putus asa Umar adalah mewakili Islam dan kesetiaannya kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Manakala perasaan putus asa kita mewakili kepentingan dan ego dalam diri sendiri. Umar meratap sedih:
Wahai Rasulullah bukankah kamu utusan Allah? Bukankah Agama ini benar??Rasulullah menguatkan semangat sahabatnya: Sesungguhnya Aku adalah seorang hamba Allah dan sudah tentu Dia tidak akan membinasakan diriku.?(Sirah Nabawiyah oleh Dr Mustafa al-Sibaie)

Kata-kata keramat Baginda ini sudah selayaknya menghiasi hati orang mukmin yang bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT. Jika kita mahu menelusuri selok-belok kehidupan ini, ujian dan cabaran itu sebenarnya membuat anda menjadi lebih kebal. Tidak mudah goyah dan mampu melompat lebih tinggi.

Orang yang memenangi pertarungan itu sebenarnya bukan yang kuat tetapi yang paling mampu menahan sakit. Lihatlah mereka yang berjaya. Di atas kesakitan itu mereka membina kekuatan, rela tidak tidur untuk kerja yang perlu diselesaikan. Mereka yang berjaya begitu disiplin dan menghargai kesakitan yang diderita. Allah SWT menguji siapakah yang paling baik imannya dan paling reda dengan qada dan qadar-Nya.

Dr Yusuf Al-Qaradawi, dalam kitabnya Al-Iman wal Hayah menyatakan: Tidak mungkin manusia dapat menghindarkan diri daripada pelbagai kesulitan, begitulah kenyataan hidup, ramai yang bersua dengan kegagalan, ditinggalkan kekasih, penyakit menyerang tubuh, kehilangan harta benda dan seterusnya. Kemudian beliau mengambil hadis Rasulullah bermaksud: Perumpamaan orang beriman yang ditimpa ujian bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilang karat dan tinggal yang baiknya saja.?

Beliau juga meminjam kata-kata seorang ulama:
Setiap kali aku ditimpa ujian duniawi, terbayang olehku tiga kurniaan Tuhan. Yang pertama, cubaan itu tidak menjejaskan agamaku. Yang kedua, aku tidak ditimpa bahaya yang lebih besar dari itu. Yang ketiga, aku mendapat pahala dari Allah SWT kerananya.

Betapa indahnya ungkapan semangat yang mencerminkan kekerasan hati orang beriman. Seperti mana kata-kata Saidina Urwah bin al-Zubair saat menghadapi sakit sehingga anggota badannya diamputasi dan kematian anak lelakinya:
Ya Allah, di atas kesedihan ini hamba memuji-Mu, Engkau memberiku tujuh orang anak, lalu Engkau mengambilnya satu. Aku tidak menyesal, bukankah Engkau tinggalkan untukku enam orang lagi? Kaki dan tanganku semuanya empat dan Engkau hanya ambil satu saja daripada mereka. Bukankah ada tiga lagi yang sepatutnya aku syukuri? Kalau Engkau yang mengambil maka Engkau juga yang memberi. Kalau Engkau yang menurunkan bala, sesungguhnya Engkau juga yang menyelamatkan.?

Itulah hikmah sebenar mengapa Allah SWT menguji, supaya tumbuh jiwa hamba pada diri kita. Tiada ego melampau dan menganggap akulah yang kuat lalu menzalimi orang lain. Kerana ada Yang Maha Kuasa yang serta merta boleh merenggut ubun-ubunnya dan menghapuskan apa saja yang dimiliki.

Firman Allah SWT bermaksud:
Katakanlah wahai Muhammad: Mahukah Kami khabar kepadamu orang yang amat merugi perbuatannya? Iaitu orang sesat perbuatannya sewaktu hidup di dunia sedangkan mereka mengira perbuatannya itu adalah kebaikan.?

Firman Allah:

103. Katakanlah: "Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?"

104. Yaitu orang-orang yang Telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.

(Surah Al-Kahfi: 103-104)

Manusia merancang, Allah menentukan. Jika seorang bapa kehilangan anaknya nescaya Allah membalas dengan Baitul Hamdi (sebuah istana khusus di syurga) kerana kesabarannya. Bagaimana pula orang yang cekal di atas bala lebih teruk daripada itu? Balaslah ujian Allah SWT dengan lafaz pujian dan syukur kepada-Nya, kerana ia tanda kasih sayang Allah SWT ke atas diri kita.

Penulis ialah pendakwah dari Negeri Sarawak, boleh dihubungi melalui juanda@kutpm.edu.my